1
Apa itu Program #ArifLabur ?

Program #ArifLabur adalah satu program celik pelaburan untuk menerapkan budaya melabur dikalangan rakyat terutama golongan belia melalui pendidikan dan latihan dalam hal kewangan termasuk kaedah menyimpan wang untuk melalui demi masa depan.

Pelbagai topik seperti mudahnya melabur dalam unit amanah syariah, strategi gandakan pendapatan serta tip-tip pelaburan akan disentuh oleh speaker-speaker PMB Investment yang terlatih.

Program #ArifLabur dilanjukan oleh PMB Investment Berhad, sebuah syarikat kumpulan Pelaburan MARA.

2
Berapakah bayaran pendaftaran Program #ArifLabur ?

Penyertaan ke Program #ArifLabur adalah PERCUMA.

3
Siapakah PMB Investment ?

PMB Investment adalah sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islamik (IFMC) yang menguruskan 13 dana unit amanah, ia adalah Syarikat Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

4
Bagaimana cara melabur di PMB Investment ?

Anda boleh temui kami di lokasi Program #ArifLabur yang berdekatan. Selain itu, sila hubungi talian mesra pelabur kami di 03-27859900 atau kunjungi laman rasmi kami www.pmbinvesment.com.my untuk keterangan lanjut.

5
Apakah syarat yang diperlukan untuk melabur di PMB Investment ?

Tiada syarat-syarat khas untuk melabur kerana ia terbuka kepada SESIAPA SAHAJA termasuk bukan Bumiputera yang berusia 18 tahun keatas dengan pelaburan permulaan sebanyak RM100 sahaja.